Friday, November 4, 2016

Kisah lima kapal terbang kertas

Semalam (04 November 2016).
 
Lamakan tak tulis pasal anak².
Harini, pukul 6pm dah sampai rumah. Alhamdullillah, satu rezeki apabila dapat pulang awal ke rumah. Bila awal, berkesempatan bermain kesiangan dengan hero - hero.
Lepas dua beradik tu mandi, Nufael mula keluar kertas²nya. Nak buat kapal terbang. Dia buat 4 kapal terbang, mewakili kami (ayah, ibu, Nufael dan Naufal).
IBu pun kata padanya 'Nufael, buatlah satu lagi kapal terbang kecil. Untuk Adik kecil ni. Adik Nufael lagi.' Dan IBU pun pergi mandi.
Selesai mandi, Nufael cepat² cari IBU nak tunjukkan kapal terbangnya yang dah cukup 5. Dia sebut satu². Dan IBU tanya mana adik kecil. Dia kata takda.
"Yang itu (merujuk satu kapal terbang saiz besar sikit), abang Nufael. Bkn Nufael, abang abang Nufael. Bukan abang Iman (abang sepupu)." Okay, IBU faham.
.
"Tu abang Nuwha. Nama abang Nufael, abang Nuwha."
.
Emmm...dari dulu Nufael selalu buat sebak. 😢. Dalam IBU gembira dengan berita kehadiran orang baru, Nufael mengingatkan IBU pada yang disyurga. Alfatihah Muhammad Nuwha. Sentiasa dalam DOA IBU.

Monday, August 8, 2016

Now, Muhammad Zafran Nufael, 4Yrs 8Mnths

ASSALAMUALAIKUM
HAVE A NICE DAY!

Selepas bertahun - tahun kewujudan blog ini, kini kembali kemaskini. Pengenalan, Muhammad Zafran Nufael kini dah menginjak ke usia 4 tahun 8 bulan. Dah bersekolah pun dia. Sekolah di Tadika Kemas. Dan lagi best dan excitednya kehidupan, alhamdullillah...Nufael sudah ada teman sayang menyayangi, teman gaduh - gaduh manja, dan teman merebut perhatian kasih sayang Mak dan Ayah depa.. 

SAYANG ANAK - ANAK IBU..
Rasanya, Ibu patut tukar nama blog ini kan...

M.Z.N stand FOR :
#Muhammad Zafran Nufael (28/12/2011)
#Muhammad Zareef Naufal (30/12/2013)