Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kesihatan yang baik, perkembangan yang shat, kebijaksanaan dengan memberi ilham kpd si comel untuk belajar setiap ssuatu yg baru sehingga menginjak ke usia setahun dan semoga ada seterusnya...InsyaAllah.
Semalam pergi klinik untuk pemeriksaan satu tahun. Berat:9.1kg, Tinggi:76cm. Kena satu injection semalam. Seperti biasa, menjerit kalau dipegang dengan kuat. Lagi kuat dia melawan. Apapun, berjaya juga kena injection.. Mula da tunjuk lasak (as a boy)..memanjat atas meja kecil kat klinik tu dan menganggu 'nurse' tu nak buat report. Kemain lagi dia. Selalu takut nak hampiri orang tidak berapa dikenali namun berbeza pulak semalam.
Seronok tak anak ibu makan kat kek semalam? Seronok tak mereka bising2..? NAk makan kek sndiri yer.. Pndai pulak tu suap sndiri kek tu. Terhibur hati ibu melihat perkembangan sihat anak ibu ni. Ayah poon kemain seronok bila si anak memanggil 'ayah..ayah..' Bila lak pulak nak sebut 'ibu' dengan jelas yer..? Bile kena paksa suh panggil ibu, hanya dgr 'bu'..hihi..
Sayang Muhammad Zafran Nufael...
Friday, December 28, 2012
Monday, December 17, 2012
Mahu lakukan Yang Terbaik..
Awal pagi tadi terbaca mutiara kata ini semasa menanti giliran kat Jabatan Imigresen. Secara kesimpulannya, maksudnya yang aku fahami adalah apa sahaja yang kita lakukan, serendah-rendah jawatan, sehebat-hebat jawatan itu, selayak-layaknya kita, kita perlu lakukan yang terbaik. Kita suka atau tidak, yang terbaik akan mengatasi segalanya. Sekurang-kurangnya pasti akan ada satu ucapan yang kita mungkin sendiri akan merasa lega iaitu, 'tak mengapa, awak da mencuba yang terbaik'."Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
Bila melihat situasi itu, satu sahaja yg terlintas.. SAYA MAHU MENJADI IBU YANG TERBAIK UTK NUFAEL dan SeTERUSNYA DUNIA DAN AKHIRAT. Walaupun tidak mendapat anugerah Ibu Mithali, aku mahu Nufael hanya memandang ibunya yang terbaik. Tiada perbandingan dengan mana - mana ibu di luar sana. Macam yg pernah aku katakan pada suami, tak kira setinggi mana kelulusan dia, sejauh mana dia belajar, sebesar mana jawatannya...anything happen, he will come to me. InsyaAllah.
Menjadi isteri terbaik dunia dan akhirat..InsyaAllah..
Tuesday, November 20, 2012
Nak share perkembangan si comel..
Alhamdullillah, si comel Muhammad Zafran Nufael arini da 10 bulan 3 mggu 2 hari.. Syukur sangat2, dia mmbesar dengan sihat dan makin bijak anak manja ibu n ayahnya..
Jom, ibu nak cuba list kan apa yang menarik mengenai perkembangan sihat anak ibu ini..
Jom, ibu nak cuba list kan apa yang menarik mengenai perkembangan sihat anak ibu ini..
- Tiada lagi botol susu.. Opss, anak ibu da hampir 2 mggu tidak minum susu menggunakan botol susu. Sejak pandai minum menggunakan straw, manja ibu minum susu dan air masak menggunakan botol/bekas minuman yg ada straw.. Da rupa macam botol air budak g skolah tadika jer...hihi..
- Manja ibu bile nampak hp ibu akan sebut 'yah'.. Ayah la tu maksudnya.. Sebab apa..? Coz setiap kali ibu ambik hp ibu akan cakap, 'jom, kita telepon ayah'. Pastu dia sembang dgn dlm telepon.. Jdi, dia tau suara ayah ada dlm hp tu..hihi
- Bile nak susu, dia da bleh mnta 'nak yeh...'. Nak air la tu...hihi. Tp ibu bagi susu..
- Walaupn masih belum bleh sebut,..tapi bile di tanya, 'mana kaki..dia tgk kat kaki..' mana buai, mana puting, dia tahu apa maksud perkataan tu.. Bile dia da tau buai, senang skit nak tau dia nak tdo ke tak.. Dia akan pergi kat buai, tarik2 kain buai tu.. Bg 'hint' nak tdo. hihi
- Haiwan apa yang dia da tahu.. Kite tanya mana 'kucing, cicak, kambing, anjing...tau la dia nak carikan mane'.. Opps, 3 malam lepas dia belajar bunyi katak...haha. Katak kt luar uma bising panggil hujan turun.
- Da bleh lambai tangan. Gerakan tangan 'by2' tu da laju skit bebanding sebelum ni. Angkt tangan tapi statik jer...haha.. COMEYnye manja ibu..
Thursday, July 19, 2012
Zafran Nufael Lagi..(forever)
“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”
Si manja Zafran Nufael da mula menggunakan walker semalam. MIL kata, pandai dia gunakan walker tu. Dia dengan walkernya bergerak ke bilik, tepuk-tepuk dinding dan cuba nak tarik kertas pada dinding. Hai sayang, banyaknya kamu belajar semalam yer... Nape tepuk-tepuk dinding..? Sebab dapat dengar bunyi yer... Suka yer bergerak-gerak dengan walker tu...sbb tak nak duduk sorang-sorang kat tilam yer.. Proses pembelajaran yang lebih meluas akan berlaku sayang. Bersedia tau..*smiling*
Selalu tak suka dibaringkan kat riba. Malam tadi, bila ibu baringkan, sayang ibu suka je. Usap-usap muka ibu. Renung ke dalam mata ibu. *sukar nak gambarkan perasaan dalam hati waktu itu..tetapi terasa kami sedang berkomunikasi ketika itu..*. Sayang rindu ibu yer...coz malam sebelum itu ibu balik lambat n anak ibu da tidur bila ibu sampai rumah. MIL kata Zafran Nufael susah sgt nk tidur memandangkan orang lain yg tidurkannya. Takpe sayang, belajar membiasakan diri dengan keadaan luar biasa agar anak ibu lebih kuat menghadapi situasi yang kadang-kadang luar jangkauan...
Tuesday, July 17, 2012
Zafran Nufael is 6M 2Wks 6Days
"Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak."
Semalam, MIL beritahu si comel da mula menyiarap ke hadapan. Syukur. Tapi tadi mak kata kalau dia cepat menyiarap, dia lambat jalan.. Owh, ada juga macam tu. Namun begitu, asalkan si comel masih dalam kategori membesar dengan baik mengikut graf, ibu tak kisah. Bila da mula menyiarap, lagi ketat kawalan untuknya selepas ini. Nanti semua tempat dia menyiarap nak pergi. Hingga bawah katil jugak. Sama seperti dia mula pandai berguling2.. Guling-guling, da sampai bawah katil. Bila tidur pulak, pusing kiri pusing kanan da sampai ke hujung tilam. Bantal da jadi hiasan sahaja.. Alahai sayang, comel dan lasak yer..
One more thing, ramai makcik2 kat taman tu da kenal Zafran Nufael. Oopss, terkenal dengan 'budak kuat nangis'.. haha. Rupa-rupanya anak ibu tak nak kat orang yang dia tak kenal. Kalau orang yang suka cakap kuat2 pun, dia xnak jugak. Cepat je dia mencebik. It is okay sayang... It is a normal utk usia seperti mu... Ayah dan Ibu sayang Zafran Nufael... Minggu ni kita balik kampung yer.. Menyambut ramadhan di sana. Jangan nangis yer..
Friday, March 9, 2012
OH Zafran Nufael...
Ibu sedang menonton Hafalan Shalat Delisa ketika ni. Sungguh sedih. Ibu ni memang kaki nangis...
Semalam, ibu mertua mengatakan Zafran Nufael da boleh menyiarap. Alhamdullillah., gembira tak terhingga hati ibu ini melihat perkembangan terbaru itu. Zafran Nufael hanya marah apabila tidak berjaya melepaskan tangannya yg satu ketika hendak menyiarap itu.
Apabila melihat Zafran Nufael cuba bercakap setiap kali membalas agahan ibu, hati ibu sangat gembira dan terharu. Setiap kali pulang dari kerja, hati ibu memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi kesempatan dan peluang bersama - sama Zafran Nufael.
Zafran Nufael smakin comel dengan barunya. Botak. Kelihatan baikknya anak ibu. Sayang sangat anak ibu..Ketawa dan nangis la sayang.. Ibu tak kisah. Kerana Ibu sayang sangat pada Zafran Nufael...

Thursday, March 1, 2012
Rindu kat Nufael
Hari ni sudah hari ketiga Ibu Nufael ini bekerja. Semalam Nufael meragam tak nak tidur. Bila dapat tidur di riba ibunya, terjaga apabila dialihkan ke atas tilamnya. Pukul 3, baru la ia benar2 lelap dan lena.
Semalam juga hilang sedikit kerisauan setelah hampir empat hari Nufael tidak membuang air besar. Dua kali pulak tu. Ibu da ready dengan ubat untuk dicucuk kt bontot bagi membolehkan Nufael membuang air besar. Mungkin jugak disebabkan faktor susu campur (Nufael da mula minum susu formula).
Semoga Nufael akan terus membesar dengan sihat. Tunggu ye sayang ayah dan ibu balik dari keje petang ni bertemu Nufael..

Wednesday, February 1, 2012
Ambil darah & air kencing
Hari ini, awal pagi lagi Zafran Nufael da keluar umah untuk ke Hospital Melaka bagi ambil darah dan air kencing bagi ujian hati memandangkan kuning yang dialami hari tu berada di tahap 12mg wlaupun da lebih 14 hari usianya. Namun ia bukan kes kecemasan, cuma hanya mahu wat ujian sebagai kepastian tiada apa2 masalah.
Hari ni (1/2/12), cuma ambil darah dan air kencing. Minggu depan (7/2/12) akan datang sekali lagi untuk dapat keputusan. InsyaAllah, semuanya baik2 shj.
Zafran Nufael pun tak banyak ragam kat sepanjang berada di sana dan sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Hospital Melaka.

Tuesday, January 31, 2012
Ragam Sebulan Si Nufael...
Alhamdullillah, selamat sudah aqiqah dan cukur jambul untuk Muhammad Zafran Nufael pada 23 Januari lalu...Da selamat jugak aqiqah untuk anak sulung, arwah Muhammad Nuwha. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas rezkiNya..
Alhamdullillah, Zafran Nufael pun da 2 hari tido malam tak menangis. Selama 2 malam ni, ayah dia menjaganya bagi memastikan dia tidak menangis sepanjang malam. Sebelum ni, selama 5 hari dia akan menangis selama 3-4 jam yang ibu sendiri sukar mencari jawapan. Bagi susu, tak nak. Tido tak nak. Tpi mata da kuyu. Atuk dan nenek turut berjaga membantu bagi menghilangkan tangisan Zafran Nufael. Zafran Nufael akan senyap bila nenek mendodoikannya. Tapi mata tetap segar. Atuk pulak turut bangun dari tido melihat cucunya. Lebih menduga ibu, bila Atuk dan Nenek demam. Cian nenek sebab tak tido malam dan tak dapat rehat. Mujur ayah ada pulang bercuti. Ada bantuan.
Semalam, Zafran Nufael pergi klinik untuk periksa sebulan slps lahir. Alhamdullillah, berat anak ibu da 4.5kg. Kena suntikan pun, anak ibu masih steady tanpa menangis cuma menjerit jer..hihi. Pas2 terus tido..
Anak ibu pun da mula belajar tidur dalam buaian. Da pandai berkhatib bersama2 dengan atuknya jugak...
Wednesday, January 18, 2012
Mirip Sape...
Sewaktu mengandung, sering tertanya - tanya kemiripan anak dlm kandungan nie. Bagaimanakah ikutan pewaris kami ini...? Cuma yg aku tahu, kalau dia jenis banyak cakap ~ follow ibu dia la tue... Kalau dia jenis yg silent mode, ikut ayah dia la tue..hihi. Masih awal utk melihat smua tue.. Kata orang, slepas sebulan dua, wajah baby akan berubah mengikut kedua - dua wajah ibu dan ayahnya. Haii..tak sabar menanti. Namun yang pasti, dia memiliki sepasang mata berwarna coklat seperti ibu dan ayahnya.
Di usia 22 hari, Muhammad Zafran Nufael da mula bermain dengan dunia dia sendiri. Da mula mengeluarkan suara 'macam mnegur'. Kalu sebelum ni, buka mata je tahu nak merengek minta susu, tapi sekarang da mula berinteraksi dengan ibunya. Manja? Da tentu. Semakin manja dan kalu dengar suara orang lain, tidak pula nak menjerit. Tapi apabila dengar suara ibunya, terus menjerit. Alahai, anak ibu ini. Semakin banyak dia belajar sekarang.
Kekerapan tido pun tidak seperti smggu yang lalu. Mungkin kerana juandis yg dialami membuatkan dia mengantuk dan tidur sepanjang siang hari tetapi sengaja mahu mendera ibu di waktu malam..suka berjaga malam yer...
Sekarang anak ibu akan bangun 1 jam sekali. Minta makanan dan juga minta dikepit shingga tertidur. Kalau tak dikepit, dipangku..da xtaknak tido. Takpe, ibu tak kisah anak ibu ni manja..

Indahnya Bergelar Ibu~
Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang bayi lelaki seberat 2.81kg di mana kelahirannya berlaku pada 28 Disember 2011, pukul 10.28am. Tarikh dijangka sebelum itu 31 Disember 2011.
Pd 27 Disember 2011, aku pergi ke PPUKM untuk melakukan pemeriksaan bulanan. Doctor mendapati sudah ada bukaan 2cm. Doctor telah meminta aku masuk wad haritu juga kerana dia merasakan bayi dalam kandunganku kecil sedangkan masa scan sbelum tu, berat bayi dijangka 3kg. Oleh kerana, doctor tidak mahu tanggung sebarang risiko dan air ketuban pun da tinggal 7, doctor arahkan aku masuk wad aritu dan esoknya akan dimasukkan ubat utk paksa bersalin.
Malam tu aku da mula sakit. Ubat memang belum diberi lagi. Tapi sakit da mula rasa. Means, mmg aku da nak bersalin..
Alhamdullillah, sungguh mudah melahirkan Muhammad Zafran Nufael. Tak smpai seminit aku masuk ke labour room, aku trus melahirkannya. Suami pun tak sempat nak teman. Dia masih dalam proses mengisi borang kt luar bilik. Bila masuk ke labour room, smuanya da selamat. Memamg anak itu tak sabar nak jumpa ibu dan ayahnya..
Saat terindah seterusnya apabila memberi susu badan yg pertama untuknya. Dia sangat pndai menghisap. Sangat sempurna ciptaan tuhan itu. Bagaimana si bayi itu tahu untuk mnyusu tanpa diajar.? Hati sangat tersentuh dan hiba. Jika anak yg pertama, tak sempat untuk melakukannya, saat ini aku sangat menghargai perasaan itu...
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sangat2 bersyukur di atas kurniaanMu dan dugaanMu sebelum ini...

Subscribe to:
Posts (Atom)