Thursday, July 19, 2012

Zafran Nufael Lagi..(forever)

“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”

Si manja Zafran Nufael da mula menggunakan walker semalam. MIL kata, pandai dia gunakan walker tu. Dia dengan walkernya bergerak ke bilik, tepuk-tepuk dinding dan cuba nak tarik kertas pada dinding. Hai sayang, banyaknya kamu belajar semalam yer... Nape tepuk-tepuk dinding..? Sebab dapat dengar bunyi yer... Suka yer bergerak-gerak dengan walker tu...sbb tak nak duduk sorang-sorang kat tilam yer.. Proses pembelajaran yang lebih meluas akan berlaku sayang. Bersedia tau..*smiling*

Selalu tak suka dibaringkan kat riba. Malam tadi, bila ibu baringkan, sayang ibu suka je. Usap-usap muka ibu. Renung ke dalam mata ibu. *sukar nak gambarkan perasaan dalam hati waktu itu..tetapi terasa kami sedang berkomunikasi ketika itu..*. Sayang rindu ibu yer...coz malam sebelum itu ibu balik lambat n anak ibu da tidur bila ibu sampai rumah. MIL kata Zafran Nufael susah sgt nk tidur memandangkan orang lain yg tidurkannya. Takpe sayang, belajar membiasakan diri dengan keadaan luar biasa agar anak ibu lebih kuat menghadapi situasi yang kadang-kadang luar jangkauan...

Tuesday, July 17, 2012

Zafran Nufael is 6M 2Wks 6Days

"Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak."


Sayang ibu da 6 bulan 2 mggu 6 hari. Alhamdullillah, sihat membesar mengikut perkembangan sepatutnya. Semakin keletah dengan aksi - aksinya di mana sering membuat ibu dan ayahnya teruja. Ayahnya pulak da semakin sukar nak berenggang dengan anaknya sejak Zafran Nufael pandai ketawa, pandai bercakap (versi baby) dan respon pada si ayah. Kalau boleh tiap - tiap hari si ayah tu nak berulang alik dari Beranang ke KKB..KKB ke Beranang. Seronokkan ayah? Hilang rasa letih kan? Kalau si comel tidur pun, rasa nak kejut je dia ajak bermain. So funny... Mane boleh macamtu kan.?Hihi.

Semalam, MIL beritahu si comel da mula menyiarap ke hadapan. Syukur. Tapi tadi mak kata kalau dia cepat menyiarap, dia lambat jalan.. Owh, ada juga macam tu. Namun begitu, asalkan si comel masih dalam kategori membesar dengan baik mengikut graf, ibu tak kisah. Bila da mula menyiarap, lagi ketat kawalan untuknya selepas ini. Nanti semua tempat dia menyiarap nak pergi. Hingga bawah katil jugak. Sama seperti dia mula pandai berguling2.. Guling-guling, da sampai bawah katil. Bila tidur pulak, pusing kiri pusing kanan da sampai ke hujung tilam. Bantal da jadi hiasan sahaja.. Alahai sayang, comel dan lasak yer..

One more thing, ramai makcik2 kat taman tu da kenal Zafran Nufael. Oopss, terkenal dengan 'budak kuat nangis'.. haha. Rupa-rupanya anak ibu tak nak kat orang yang dia tak kenal. Kalau orang yang suka cakap kuat2 pun, dia xnak jugak. Cepat je dia mencebik. It is okay sayang... It is a normal utk usia seperti mu... Ayah dan Ibu sayang Zafran Nufael... Minggu ni kita balik kampung yer.. Menyambut ramadhan di sana. Jangan nangis yer..