Wednesday, July 22, 2020

Kisah Usain Bolt. Tapi apa kaitan?

Korang kenal tak Usain Bolt? Ya, manusia terpantas di dunia.
Suatu hari, sis dengar temubual dari pakar motivasi ini di radio.
Sis tertarik bila dia menceritakan mengenai Usain Bolt. Usain Bolt ni waktu kecil adalah seorang kanak - kanak yang tidak boleh duduk diam. Seminit pun tak boleh diam. Jadi ayahnya mula berfikir dan kemudiannya dia bawak si anak ke sebuah padang. Di padang tu dia suruh si Usain Bolt ni berlari. Dan kemudian dia latih lagi berlari. Dari situ, dia melihat kelebihan dan keistimewaan anaknya.
 
Sis cuba kaitkan atau hubungkan dengan anak - anak sis. Sebagai contoh, cerita Usain Bolt ini mengaitkan sis pada anak no 2 sis. Kami selalu bawah dia ke gelanggang futsal. Di sana, kami biarkan dia berlari ikut suka atau semahunya. Jika 30 minit diberi, 30 minitlah dia berlari dan bermain. Baju basah seperti mandi. Itu kepuasan bagi dia. Jika tidak 'dibenarkan' begitu, dia akan kelihatan budak 'hyper' yang seperti pengacau di rumah. Panjat kerusi, berlari ke jalan raya, atau lain2. Bila tenaga berlebihan dilepaskan pada larian, dia takda banyak permintaan lain. 😆
Apabila di tanya, perbezaan berlari di sekolah (ketika acara sukaneka) dengan di sini (gelanggang futsal), mana seronok? Dia jawab, seronok lari di sini sebab di sekolah dia berpeluang lari sedikit sahaja (50 meter mcmtu lah). Dia tak rasa penat pun.. 😅
 
Sebagai ibu, sis sedar bahawa jangan samakan anak dengan anak orang lain. Perkembangan pembesaran mungkin adalah normal seperti kanak - kanak tapi kehidupan ni adalah seni. Seni, walaupun coraknya sama tetapi bila di atas kanvas ia tetap berbeza kerana tangan yang mencorakkan berlainan.

Friday, November 4, 2016

Kisah lima kapal terbang kertas

Semalam (04 November 2016).
 
Lamakan tak tulis pasal anak².
Harini, pukul 6pm dah sampai rumah. Alhamdullillah, satu rezeki apabila dapat pulang awal ke rumah. Bila awal, berkesempatan bermain kesiangan dengan hero - hero.
Lepas dua beradik tu mandi, Nufael mula keluar kertas²nya. Nak buat kapal terbang. Dia buat 4 kapal terbang, mewakili kami (ayah, ibu, Nufael dan Naufal).
IBu pun kata padanya 'Nufael, buatlah satu lagi kapal terbang kecil. Untuk Adik kecil ni. Adik Nufael lagi.' Dan IBU pun pergi mandi.
Selesai mandi, Nufael cepat² cari IBU nak tunjukkan kapal terbangnya yang dah cukup 5. Dia sebut satu². Dan IBU tanya mana adik kecil. Dia kata takda.
"Yang itu (merujuk satu kapal terbang saiz besar sikit), abang Nufael. Bkn Nufael, abang abang Nufael. Bukan abang Iman (abang sepupu)." Okay, IBU faham.
.
"Tu abang Nuwha. Nama abang Nufael, abang Nuwha."
.
Emmm...dari dulu Nufael selalu buat sebak. 😢. Dalam IBU gembira dengan berita kehadiran orang baru, Nufael mengingatkan IBU pada yang disyurga. Alfatihah Muhammad Nuwha. Sentiasa dalam DOA IBU.

Monday, August 8, 2016

Now, Muhammad Zafran Nufael, 4Yrs 8Mnths

ASSALAMUALAIKUM
HAVE A NICE DAY!

Selepas bertahun - tahun kewujudan blog ini, kini kembali kemaskini. Pengenalan, Muhammad Zafran Nufael kini dah menginjak ke usia 4 tahun 8 bulan. Dah bersekolah pun dia. Sekolah di Tadika Kemas. Dan lagi best dan excitednya kehidupan, alhamdullillah...Nufael sudah ada teman sayang menyayangi, teman gaduh - gaduh manja, dan teman merebut perhatian kasih sayang Mak dan Ayah depa.. 

SAYANG ANAK - ANAK IBU..
Rasanya, Ibu patut tukar nama blog ini kan...

M.Z.N stand FOR :
#Muhammad Zafran Nufael (28/12/2011)
#Muhammad Zareef Naufal (30/12/2013)


Thursday, May 30, 2013

Setahun lima bulan....

Alhamdullillah.
Tiada apa - apa yang sebaiknya mampu aku lakukan selain mengucap syukur alhamdullillah di atas segala kurniaan dan rezeki dari Nya. Menginjak ke usia setahun lima bulan, kesihatan yang baik selain dari kecerdikannya..terima kasih Ya Allah di atas anugerah terbaikMu ini.
Dalam tempoh ini, banyak rezeki yang telah Kau kurniakan. Doa kami, moga kami tidak terleka dan alpa dari mengingatiMu.
Selama setahun memohon pekerjaan yg berdekatan dgn tempat tinggal. Kau berikan sememangnya yang terbaik untuk kami. Alhamdullillah.
Setelah beberapa bulan mencuba, Kau khabarkan aku berita gembira. Terima kasih Ya Allah. Kau memberikan aku sekali lagi peluang menjalani kehidupan sebagai 'pregnant woman'. Segala dugaan dan cubaan mu sepanjang tempoh akan aku terima dengan redhaNya kerana itu janji aku padaMu.
 
Berbalik kepada si teruna yang comel. Last week, setiap malam merajuk kat ibu nya. Protes. Kata orang tua, tu ragam nak dpt adik. Dia marah kat kita. Aku terima seredha-redhanya. Lagipun, dia mengalami sakit kat mata kerana kena gigit dengan semut membuatkan dia kurang selesa. Bagaimanapun, minggu ini keadaan seperti biasa. Aku nampak dia da mula focus pada sesuatu perkara yang dia buat. Selalu barang mainan kalau diberi, akan dicampaknya  atau diketuk-ketuk ke lantai. Malam hari tu, nampak dia susun patung ultraman tu. Da pndai bermain sendiri. Kalau bab bercakap tu, makin petah. Bila diberikan ikan, dia kata 'bukan ikan'. Itu ayat dia sendiri. Bukan follow my words. Selalu follow perkataan kita. Banyak lagilah. Gembiranya hati ini. Tiap - tiap mendoakan dia menjadi anak soleh dan abang yang baik di mana akan menjaga adik - adiknya.
 
Alhamdullillah.

Lovely
Bandar Teknologi Kajang,
4.00PM


Friday, December 28, 2012

HaPPy BiRthDay, Muhammad Zafran Nufael...

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kesihatan yang baik, perkembangan yang shat, kebijaksanaan dengan memberi ilham kpd si comel untuk belajar setiap ssuatu yg baru sehingga menginjak ke usia setahun dan semoga ada seterusnya...InsyaAllah.

Semalam pergi klinik untuk pemeriksaan satu tahun. Berat:9.1kg, Tinggi:76cm. Kena satu injection semalam. Seperti biasa, menjerit kalau dipegang dengan kuat. Lagi kuat dia melawan. Apapun, berjaya juga kena injection.. Mula da tunjuk lasak (as a boy)..memanjat atas meja kecil kat klinik tu dan menganggu 'nurse' tu nak buat report. Kemain lagi dia. Selalu takut nak hampiri orang tidak berapa dikenali namun berbeza pulak semalam.

Seronok tak anak ibu makan kat kek semalam? Seronok tak mereka bising2..? NAk makan kek sndiri yer.. Pndai pulak tu suap sndiri kek tu. Terhibur hati ibu melihat perkembangan sihat anak ibu ni. Ayah poon kemain seronok bila si anak memanggil 'ayah..ayah..' Bila lak pulak nak sebut 'ibu' dengan jelas yer..? Bile kena paksa suh panggil ibu, hanya dgr 'bu'..hihi..

Sayang Muhammad Zafran Nufael...

Monday, December 17, 2012

Mahu lakukan Yang Terbaik..

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
Awal pagi tadi terbaca mutiara kata ini semasa menanti giliran kat Jabatan Imigresen. Secara kesimpulannya, maksudnya yang aku fahami adalah apa sahaja yang kita lakukan, serendah-rendah jawatan, sehebat-hebat jawatan itu, selayak-layaknya kita, kita perlu lakukan yang terbaik. Kita suka atau tidak, yang terbaik akan mengatasi segalanya. Sekurang-kurangnya pasti akan ada satu ucapan yang kita mungkin sendiri akan merasa lega iaitu, 'tak mengapa, awak da mencuba yang terbaik'.

Bila melihat situasi itu, satu sahaja yg terlintas.. SAYA MAHU MENJADI IBU YANG TERBAIK UTK NUFAEL dan SeTERUSNYA DUNIA DAN AKHIRAT. Walaupun tidak mendapat anugerah Ibu Mithali, aku mahu Nufael hanya memandang ibunya yang terbaik. Tiada perbandingan dengan mana - mana ibu di luar sana. Macam yg pernah aku katakan pada suami, tak kira setinggi mana kelulusan dia, sejauh mana dia belajar, sebesar mana jawatannya...anything happen, he will come to me. InsyaAllah.

Menjadi isteri terbaik dunia dan akhirat..InsyaAllah.. 

Tuesday, November 20, 2012

Nak share perkembangan si comel..

Alhamdullillah, si comel Muhammad Zafran Nufael arini da 10 bulan 3 mggu 2 hari.. Syukur sangat2, dia mmbesar dengan sihat dan makin bijak anak manja ibu n ayahnya..

Jom, ibu nak cuba list kan apa yang menarik mengenai perkembangan sihat anak ibu ini..
  • Tiada lagi botol susu.. Opss, anak ibu da hampir 2 mggu tidak minum susu menggunakan botol susu. Sejak pandai minum menggunakan straw, manja ibu minum susu dan air masak menggunakan botol/bekas minuman yg ada straw.. Da rupa macam botol air budak g skolah tadika jer...hihi..
  • Manja ibu bile nampak hp ibu akan sebut 'yah'.. Ayah la tu maksudnya.. Sebab apa..? Coz setiap kali ibu ambik hp ibu akan cakap, 'jom, kita telepon ayah'. Pastu dia sembang dgn dlm telepon.. Jdi, dia tau suara ayah ada dlm hp tu..hihi
  • Bile nak susu, dia da bleh mnta 'nak yeh...'. Nak air la tu...hihi. Tp ibu bagi susu..
  • Walaupn masih belum bleh sebut,..tapi bile di tanya, 'mana kaki..dia tgk kat kaki..' mana buai, mana puting, dia tahu apa maksud perkataan tu.. Bile dia da tau buai, senang skit nak tau dia nak tdo ke tak.. Dia akan pergi kat buai, tarik2 kain buai tu.. Bg 'hint' nak tdo. hihi
  • Haiwan apa yang dia da tahu.. Kite tanya mana 'kucing, cicak, kambing, anjing...tau la dia nak carikan mane'.. Opps, 3 malam lepas dia belajar bunyi katak...haha. Katak kt luar uma bising panggil hujan turun.
  • Da bleh lambai tangan. Gerakan tangan 'by2' tu da laju skit bebanding sebelum ni. Angkt tangan tapi statik jer...haha.. COMEYnye manja ibu..
Alahai sayang, miss u my baby...