Friday, December 28, 2012

HaPPy BiRthDay, Muhammad Zafran Nufael...

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kesihatan yang baik, perkembangan yang shat, kebijaksanaan dengan memberi ilham kpd si comel untuk belajar setiap ssuatu yg baru sehingga menginjak ke usia setahun dan semoga ada seterusnya...InsyaAllah.

Semalam pergi klinik untuk pemeriksaan satu tahun. Berat:9.1kg, Tinggi:76cm. Kena satu injection semalam. Seperti biasa, menjerit kalau dipegang dengan kuat. Lagi kuat dia melawan. Apapun, berjaya juga kena injection.. Mula da tunjuk lasak (as a boy)..memanjat atas meja kecil kat klinik tu dan menganggu 'nurse' tu nak buat report. Kemain lagi dia. Selalu takut nak hampiri orang tidak berapa dikenali namun berbeza pulak semalam.

Seronok tak anak ibu makan kat kek semalam? Seronok tak mereka bising2..? NAk makan kek sndiri yer.. Pndai pulak tu suap sndiri kek tu. Terhibur hati ibu melihat perkembangan sihat anak ibu ni. Ayah poon kemain seronok bila si anak memanggil 'ayah..ayah..' Bila lak pulak nak sebut 'ibu' dengan jelas yer..? Bile kena paksa suh panggil ibu, hanya dgr 'bu'..hihi..

Sayang Muhammad Zafran Nufael...

Monday, December 17, 2012

Mahu lakukan Yang Terbaik..

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
Awal pagi tadi terbaca mutiara kata ini semasa menanti giliran kat Jabatan Imigresen. Secara kesimpulannya, maksudnya yang aku fahami adalah apa sahaja yang kita lakukan, serendah-rendah jawatan, sehebat-hebat jawatan itu, selayak-layaknya kita, kita perlu lakukan yang terbaik. Kita suka atau tidak, yang terbaik akan mengatasi segalanya. Sekurang-kurangnya pasti akan ada satu ucapan yang kita mungkin sendiri akan merasa lega iaitu, 'tak mengapa, awak da mencuba yang terbaik'.

Bila melihat situasi itu, satu sahaja yg terlintas.. SAYA MAHU MENJADI IBU YANG TERBAIK UTK NUFAEL dan SeTERUSNYA DUNIA DAN AKHIRAT. Walaupun tidak mendapat anugerah Ibu Mithali, aku mahu Nufael hanya memandang ibunya yang terbaik. Tiada perbandingan dengan mana - mana ibu di luar sana. Macam yg pernah aku katakan pada suami, tak kira setinggi mana kelulusan dia, sejauh mana dia belajar, sebesar mana jawatannya...anything happen, he will come to me. InsyaAllah.

Menjadi isteri terbaik dunia dan akhirat..InsyaAllah..