Tuesday, January 31, 2012

Ragam Sebulan Si Nufael...

Alhamdullillah, selamat sudah aqiqah dan cukur jambul untuk Muhammad Zafran Nufael pada 23 Januari lalu...Da selamat jugak aqiqah untuk anak sulung, arwah Muhammad Nuwha. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas rezkiNya..


Alhamdullillah, Zafran Nufael pun da 2 hari tido malam tak menangis. Selama 2 malam ni, ayah dia menjaganya bagi memastikan dia tidak menangis sepanjang malam. Sebelum ni, selama 5 hari dia akan menangis selama 3-4 jam yang ibu sendiri sukar mencari jawapan. Bagi susu, tak nak. Tido tak nak. Tpi mata da kuyu. Atuk dan nenek turut berjaga membantu bagi menghilangkan tangisan Zafran Nufael. Zafran Nufael akan senyap bila nenek mendodoikannya. Tapi mata tetap segar. Atuk pulak turut bangun dari tido melihat cucunya. Lebih menduga ibu, bila Atuk dan Nenek demam. Cian nenek sebab tak tido malam dan tak dapat rehat. Mujur ayah ada pulang bercuti. Ada bantuan.


Semalam, Zafran Nufael pergi klinik untuk periksa sebulan slps lahir. Alhamdullillah, berat anak ibu da 4.5kg. Kena suntikan pun, anak ibu masih steady tanpa menangis cuma menjerit jer..hihi. Pas2 terus tido..


Anak ibu pun da mula belajar tidur dalam buaian. Da pandai berkhatib bersama2 dengan atuknya jugak...

Wednesday, January 18, 2012

Mirip Sape...

Sewaktu mengandung, sering tertanya - tanya kemiripan anak dlm kandungan nie. Bagaimanakah ikutan pewaris kami ini...? Cuma yg aku tahu, kalau dia jenis banyak cakap ~ follow ibu dia la tue... Kalau dia jenis yg silent mode, ikut ayah dia la tue..hihi. Masih awal utk melihat smua tue.. Kata orang, slepas sebulan dua, wajah baby akan berubah mengikut kedua - dua wajah ibu dan ayahnya. Haii..tak sabar menanti. Namun yang pasti, dia memiliki sepasang mata berwarna coklat seperti ibu dan ayahnya.

Di usia 22 hari, Muhammad Zafran Nufael da mula bermain dengan dunia dia sendiri. Da mula mengeluarkan suara 'macam mnegur'. Kalu sebelum ni, buka mata je tahu nak merengek minta susu, tapi sekarang da mula berinteraksi dengan ibunya. Manja? Da tentu. Semakin manja dan kalu dengar suara orang lain, tidak pula nak menjerit. Tapi apabila dengar suara ibunya, terus menjerit. Alahai, anak ibu ini. Semakin banyak dia belajar sekarang.

Kekerapan tido pun tidak seperti smggu yang lalu. Mungkin kerana juandis yg dialami membuatkan dia mengantuk dan tidur sepanjang siang hari tetapi sengaja mahu mendera ibu di waktu malam..suka berjaga malam yer...
Sekarang anak ibu akan bangun 1 jam sekali. Minta makanan dan juga minta dikepit shingga tertidur. Kalau tak dikepit, dipangku..da xtaknak tido. Takpe, ibu tak kisah anak ibu ni manja..

Indahnya Bergelar Ibu~

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang bayi lelaki seberat 2.81kg di mana kelahirannya berlaku pada 28 Disember 2011, pukul 10.28am. Tarikh dijangka sebelum itu 31 Disember 2011.
Pd 27 Disember 2011, aku pergi ke PPUKM untuk melakukan pemeriksaan bulanan. Doctor mendapati sudah ada bukaan 2cm. Doctor telah meminta aku masuk wad haritu juga kerana dia merasakan bayi dalam kandunganku kecil sedangkan masa scan sbelum tu, berat bayi dijangka 3kg. Oleh kerana, doctor tidak mahu tanggung sebarang risiko dan air ketuban pun da tinggal 7, doctor arahkan aku masuk wad aritu dan esoknya akan dimasukkan ubat utk paksa bersalin.
Malam tu aku da mula sakit. Ubat memang belum diberi lagi. Tapi sakit da mula rasa. Means, mmg aku da nak bersalin..
Alhamdullillah, sungguh mudah melahirkan Muhammad Zafran Nufael. Tak smpai seminit aku masuk ke labour room, aku trus melahirkannya. Suami pun tak sempat nak teman. Dia masih dalam proses mengisi borang kt luar bilik. Bila masuk ke labour room, smuanya da selamat. Memamg anak itu tak sabar nak jumpa ibu dan ayahnya..

Saat terindah seterusnya apabila memberi susu badan yg pertama untuknya. Dia sangat pndai menghisap. Sangat sempurna ciptaan tuhan itu. Bagaimana si bayi itu tahu untuk mnyusu tanpa diajar.? Hati sangat tersentuh dan hiba. Jika anak yg pertama, tak sempat untuk melakukannya, saat ini aku sangat menghargai perasaan itu...

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sangat2 bersyukur di atas kurniaanMu dan dugaanMu sebelum ini...