Wednesday, January 18, 2012

Indahnya Bergelar Ibu~

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang bayi lelaki seberat 2.81kg di mana kelahirannya berlaku pada 28 Disember 2011, pukul 10.28am. Tarikh dijangka sebelum itu 31 Disember 2011.
Pd 27 Disember 2011, aku pergi ke PPUKM untuk melakukan pemeriksaan bulanan. Doctor mendapati sudah ada bukaan 2cm. Doctor telah meminta aku masuk wad haritu juga kerana dia merasakan bayi dalam kandunganku kecil sedangkan masa scan sbelum tu, berat bayi dijangka 3kg. Oleh kerana, doctor tidak mahu tanggung sebarang risiko dan air ketuban pun da tinggal 7, doctor arahkan aku masuk wad aritu dan esoknya akan dimasukkan ubat utk paksa bersalin.
Malam tu aku da mula sakit. Ubat memang belum diberi lagi. Tapi sakit da mula rasa. Means, mmg aku da nak bersalin..
Alhamdullillah, sungguh mudah melahirkan Muhammad Zafran Nufael. Tak smpai seminit aku masuk ke labour room, aku trus melahirkannya. Suami pun tak sempat nak teman. Dia masih dalam proses mengisi borang kt luar bilik. Bila masuk ke labour room, smuanya da selamat. Memamg anak itu tak sabar nak jumpa ibu dan ayahnya..

Saat terindah seterusnya apabila memberi susu badan yg pertama untuknya. Dia sangat pndai menghisap. Sangat sempurna ciptaan tuhan itu. Bagaimana si bayi itu tahu untuk mnyusu tanpa diajar.? Hati sangat tersentuh dan hiba. Jika anak yg pertama, tak sempat untuk melakukannya, saat ini aku sangat menghargai perasaan itu...

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sangat2 bersyukur di atas kurniaanMu dan dugaanMu sebelum ini...

No comments:

Post a Comment