"Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak."
Semalam, MIL beritahu si comel da mula menyiarap ke hadapan. Syukur. Tapi tadi mak kata kalau dia cepat menyiarap, dia lambat jalan.. Owh, ada juga macam tu. Namun begitu, asalkan si comel masih dalam kategori membesar dengan baik mengikut graf, ibu tak kisah. Bila da mula menyiarap, lagi ketat kawalan untuknya selepas ini. Nanti semua tempat dia menyiarap nak pergi. Hingga bawah katil jugak. Sama seperti dia mula pandai berguling2.. Guling-guling, da sampai bawah katil. Bila tidur pulak, pusing kiri pusing kanan da sampai ke hujung tilam. Bantal da jadi hiasan sahaja.. Alahai sayang, comel dan lasak yer..
One more thing, ramai makcik2 kat taman tu da kenal Zafran Nufael. Oopss, terkenal dengan 'budak kuat nangis'.. haha. Rupa-rupanya anak ibu tak nak kat orang yang dia tak kenal. Kalau orang yang suka cakap kuat2 pun, dia xnak jugak. Cepat je dia mencebik. It is okay sayang... It is a normal utk usia seperti mu... Ayah dan Ibu sayang Zafran Nufael... Minggu ni kita balik kampung yer.. Menyambut ramadhan di sana. Jangan nangis yer..
No comments:
Post a Comment