Awal pagi tadi terbaca mutiara kata ini semasa menanti giliran kat Jabatan Imigresen. Secara kesimpulannya, maksudnya yang aku fahami adalah apa sahaja yang kita lakukan, serendah-rendah jawatan, sehebat-hebat jawatan itu, selayak-layaknya kita, kita perlu lakukan yang terbaik. Kita suka atau tidak, yang terbaik akan mengatasi segalanya. Sekurang-kurangnya pasti akan ada satu ucapan yang kita mungkin sendiri akan merasa lega iaitu, 'tak mengapa, awak da mencuba yang terbaik'."Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
Bila melihat situasi itu, satu sahaja yg terlintas.. SAYA MAHU MENJADI IBU YANG TERBAIK UTK NUFAEL dan SeTERUSNYA DUNIA DAN AKHIRAT. Walaupun tidak mendapat anugerah Ibu Mithali, aku mahu Nufael hanya memandang ibunya yang terbaik. Tiada perbandingan dengan mana - mana ibu di luar sana. Macam yg pernah aku katakan pada suami, tak kira setinggi mana kelulusan dia, sejauh mana dia belajar, sebesar mana jawatannya...anything happen, he will come to me. InsyaAllah.
Menjadi isteri terbaik dunia dan akhirat..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment