Alhamdullillah.
Tiada apa - apa yang sebaiknya mampu aku lakukan selain mengucap syukur alhamdullillah di atas segala kurniaan dan rezeki dari Nya. Menginjak ke usia setahun lima bulan, kesihatan yang baik selain dari kecerdikannya..terima kasih Ya Allah di atas anugerah terbaikMu ini.
Dalam tempoh ini, banyak rezeki yang telah Kau kurniakan. Doa kami, moga kami tidak terleka dan alpa dari mengingatiMu.
Selama setahun memohon pekerjaan yg berdekatan dgn tempat tinggal. Kau berikan sememangnya yang terbaik untuk kami. Alhamdullillah.
Setelah beberapa bulan mencuba, Kau khabarkan aku berita gembira. Terima kasih Ya Allah. Kau memberikan aku sekali lagi peluang menjalani kehidupan sebagai 'pregnant woman'. Segala dugaan dan cubaan mu sepanjang tempoh akan aku terima dengan redhaNya kerana itu janji aku padaMu.
Berbalik kepada si teruna yang comel. Last week, setiap malam merajuk kat ibu nya. Protes. Kata orang tua, tu ragam nak dpt adik. Dia marah kat kita. Aku terima seredha-redhanya. Lagipun, dia mengalami sakit kat mata kerana kena gigit dengan semut membuatkan dia kurang selesa. Bagaimanapun, minggu ini keadaan seperti biasa. Aku nampak dia da mula focus pada sesuatu perkara yang dia buat. Selalu barang mainan kalau diberi, akan dicampaknya atau diketuk-ketuk ke lantai. Malam hari tu, nampak dia susun patung ultraman tu. Da pndai bermain sendiri. Kalau bab bercakap tu, makin petah. Bila diberikan ikan, dia kata 'bukan ikan'. Itu ayat dia sendiri. Bukan follow my words. Selalu follow perkataan kita. Banyak lagilah. Gembiranya hati ini. Tiap - tiap mendoakan dia menjadi anak soleh dan abang yang baik di mana akan menjaga adik - adiknya.
Alhamdullillah.
Lovely
Bandar Teknologi Kajang,
4.00PM
No comments:
Post a Comment