Wednesday, July 22, 2020

Kisah Usain Bolt. Tapi apa kaitan?

Korang kenal tak Usain Bolt? Ya, manusia terpantas di dunia.
Suatu hari, sis dengar temubual dari pakar motivasi ini di radio.
Sis tertarik bila dia menceritakan mengenai Usain Bolt. Usain Bolt ni waktu kecil adalah seorang kanak - kanak yang tidak boleh duduk diam. Seminit pun tak boleh diam. Jadi ayahnya mula berfikir dan kemudiannya dia bawak si anak ke sebuah padang. Di padang tu dia suruh si Usain Bolt ni berlari. Dan kemudian dia latih lagi berlari. Dari situ, dia melihat kelebihan dan keistimewaan anaknya.
 
Sis cuba kaitkan atau hubungkan dengan anak - anak sis. Sebagai contoh, cerita Usain Bolt ini mengaitkan sis pada anak no 2 sis. Kami selalu bawah dia ke gelanggang futsal. Di sana, kami biarkan dia berlari ikut suka atau semahunya. Jika 30 minit diberi, 30 minitlah dia berlari dan bermain. Baju basah seperti mandi. Itu kepuasan bagi dia. Jika tidak 'dibenarkan' begitu, dia akan kelihatan budak 'hyper' yang seperti pengacau di rumah. Panjat kerusi, berlari ke jalan raya, atau lain2. Bila tenaga berlebihan dilepaskan pada larian, dia takda banyak permintaan lain. 😆
Apabila di tanya, perbezaan berlari di sekolah (ketika acara sukaneka) dengan di sini (gelanggang futsal), mana seronok? Dia jawab, seronok lari di sini sebab di sekolah dia berpeluang lari sedikit sahaja (50 meter mcmtu lah). Dia tak rasa penat pun.. 😅
 
Sebagai ibu, sis sedar bahawa jangan samakan anak dengan anak orang lain. Perkembangan pembesaran mungkin adalah normal seperti kanak - kanak tapi kehidupan ni adalah seni. Seni, walaupun coraknya sama tetapi bila di atas kanvas ia tetap berbeza kerana tangan yang mencorakkan berlainan.

No comments:

Post a Comment